Pemerintahan Dato' Undang Luak Sungei Ujong Dato'_Undang_Luak_Sungai_Ujong

Dato' Undang Luak Sungei Ujong dipilih daripada Waris di-Darat iaitu Suku Biduanda Waris Klana yang mendiami mukim Pantai, Seremban, Negeri Sembilan. Suku Biduanda Waris Klana terdiri daripada Waris Klana di-Hulu (mendiami Kampung Telaga Undang Pantai) dan Waris Klana di-Hilir (mendiami Kampung Setul Pantai).

Waris Klana di-Hulu diketuai oleh Dato' Lembaga bergelar Dato Johan, manakala Waris Klana di-Hilir diketuai Dato Maharaja Lela yang juga dibantu buapak Waris Klana di-Hilir bergelar Dato Lela Bangsa.

Pemerintahan Dato' Undang Luak Sungei Ujong dibantu oleh Lembaga Tiang Balai iaitu:

  1. Dato Andulika Mendulika (Tua Lembaga Tiang Balai)
  2. Dato Maharaja Diraja dan
  3. Dato Akhiruzzaman Rantau atau,
  4. Dato Dagang Paroi atau,
  5. Dato Amar Setia Anak Undang atau,
  6. Dato Penghulu Muda Labu

Segala urusan adat istiadat dan hal ehwal Balai Undang Luak Sungei Ujong pula diketuai oleh Dato Laksamana Orang Kaya Luak Sungei Ujong, iaitu anak Waris Klana yang berperanan sebagai perdana menteri kepada Dato' Undang Luak Sungei Ujong.

Dato Laksamana Orang Kaya Luak Sungei Ujong juga adalah 'bekalan Dato' Klana Petra' (calon utama diangkat sebagai Dato' Undang Luak Sungei Ujong dengan persetujuan anak-anak Waris Klana Luak Sungei Ujong).

Bagi menyelesaikan permasalahan adat di Sungei Ujong, Ibu Soko Telaga Undang (adalah perjawatan disandang salah seorang Ibu Soko Waris Klana di-Hulu) berperanan sebagai penimbang tara dalam kalangan pembesar adat Luak Sungei Ujong bagi mendapatkan keputusan kehakiman sebelum dipersembahkan terhadap Dato' Undang Luak Sungei Ujong untuk memperoleh perkenan.